Resepi Ayam Percik Kelantan - Hello jumpa lagi di resepiayam.net, hari ini saya akan kongsikan satu resepi ayam masak percik kelantan yang sedap dan simple buatnya. Ayam percik Kelantan memang cukup popular kerana ia berbeza daripada negari lain. Ia memiliki rasa yang lazat dan menyelerakan. Zaman dahulu ayam percik Kelantan disediakan kepada orang-orang penting, masa sekarang ia boleh dimakan sesiapa sahaja.
Ayam percik Kelantan ada 2 jenis, satu yang berwarna putih dan satu yang berwarna merah. Jika anda sukakan rasa pedas, boleh sediakan ayam percik merah. Kebiasaan saya menyediakan ayam percik putih kerana masak untuk anak-anak. Memang agak susah untuk mendapatkan ayam percik Kelantan, kecuali di restoran dan pada masa Ramadhan.
Resepi Ayam Percik Kelantan
Kemarin saya dah menulis resepi mee kari ayam spesial. Ia menjadi masakan yang sesuai pada masa hujan. Resepi ayam percik Kelantan ni boleh anda buat sepanjang masa. Selain bersama nasi putih, anda boleh makan ayam percik bersama nasi kerabu atau pulut kuning.
Jom kita layan resepi ayam percik Kelantan di bawah ini.
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- garam secukupnya
Bahan Kuah
- 10 ulas bawang merah
- 3 tangkai cili kering
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- 2 pek santan pekat
- 1/4 keping asam keping - letak sekejap je takut masam
- garam dan gula secukupnya
Cara masak ayam percik Kelantan
- Kisar semua bahan perap hingga halus. Perap kepada ayam selama 30 minit.
- Bakar ayam hingga masak. Boleh kukus terlebih dahulu supaya sekata masaknya.
- Kisar semua bahan kuah dengan santan. Masak di atas dapur dengan api perlahan.
- Kacau terus hingga kuah pekat.
- Masukan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
- Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur ayam dengan bahan kuah hingga serata. Bakar seketika.
- Balikkan ayam dan lumur lagi berulang di kedua bahagian ayam.
- Angkat dan hidangkan.
Mudah je kan resepi ayam percik Kelantan yang telah saya kongsikan diatas? Cara ini perlu perap ayam selama 30 minit sebelum dibakar. Tapi sekarang ada banyak versi penyediaan. Sila ikut kreativiti sendiri.
Belum ada tanggapan untuk "Resepi Ayam Percik Kelantan"
Catat Ulasan