Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Simple

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan - Hello jumpa lagi di resepiayam.net, hari ini saya akan kongsikan cara masak kari ayam yang istimewa dan rasanya sedap. Resepi ini istimewa kerana ia tak menggunakan santan. Semalam memang ada majlis makan-makan tapi saya tak sempat menyertainya. Oleh itu, rakan saya bawakan sepinggan kari ayam yang disajikan disana. Ia sangat sedap dengan kuah pekat.

Lepas majlis tu, saya cari tips membuat kari ayam yang sedap. Resepi kari ayam memang menjadi satu lauk yang telah dimasak sejak zaman dahulu, namun kerana cuba belajar sendiri mesti memperbaiki cara membuatnya.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Simple

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Kemarin saya dah menulis resepi sup ayam simple, spesial untuk anda yang suka makan masakan berkuah original. Tapi masa ini saya nak kongsi masakan kuah yang agak pekat sikit. Pada Bangun pagi-pagi saya dah ke dapur buat masak kari ayam mengikut petua yang diberi kawan. Teringat pula kakak saya pun juga pernah buat seperti ini, bezanya saya tidak menggunakan santan. Saya tak guna santan sebab santan tak baik untuk kesihatan bila dimakan terlalu kerap.

Jom kita layan resepi kari ayam tanpa santan simple di bawah ini.

Bahan-Bahan
  • 3 ketul ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2  ulas bawang besar kuning
  • 3 batang bendi
  • 1 biji kentang
  • 1 kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1 cengkih
  • 2 sudu rempah kari
  • 2 sudu minyak
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Masak Kari Ayam Tanpa Santan
  1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan kayu manis, bawang besar, bawang putih, cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan tumis semula hingga harum.
  4. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
  5. Lepas tu masukkan ayam, bendi dan kentang. Kacau sikit dan tunggu hingga masak.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sikit dan tunggu hingg agak pekat.
  7. Padamkan api dan kari ayam siap dihidangkan.
Resepi kari ayam tanpa santan yang saya kongsikan sedap je, lain hari boleh lah saya kongsi lagi kari ayam guna santan. Resepi ini dibuat untuk 3 orang makan, oleh itu saya guna 3 ketul ayam. Simple kan masaknya. Bila nak lebih, tambah jak bahan dalam resepi.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Simple"

Catat Ulasan