Resepi Nasi Ayam Hainan Simple

Resepi Nasi Ayam Hainan - Hello jumpa lagi di resepiayam.net, hari ini sebenarnya saya bingung sebab tidak ada selera nak makan. Apa kerana saya sedang cuti jadi malas sangat nak pergi ke pasar tani. Lepas saya duduk-duduk di kat rumah, akhirnya muncul idea untuk buat nasi ayam hainan.

Sudah lama saya teringin masak nasi ayam hainan, tetapi kerena saya sibuk jadi sampai sekarang tidak dapat terlaksana. Masakan ayam ini konon berasal dari Cina dan dikaitkan dengan selera masakan Malaysia dan Singapura. Ia diberi nama hainan sebab ia berasal dari suku Hainan yang berada di kawasan Nanyang.

Resepi Nasi Ayam Hainan Simple

Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi ayam hainan ini pun dah lama tersimpan. Saya boleh dapat dari teman seorang chef di Singapura. Untuk memasak ayam hainan, tak sama dengan ayam biasa, ia mesti digoreng atau dibakara terlebih dahulu. Masakan ayam ini hanya direbus dan dilumuri minyak bijan sahaja. Oleh itu ia sangat popular di kalarangan orang cina.

Jom kita layan resepi nasi ayam hainan.

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 4 inci halia muda (saiz 1/4 setiap satu)
  • 2 batang daun bawang (saiz 1 inci setiap satu)
  • koser salt
Bahan untuk Sos Cili
  • 4 cili merah dan sedikit cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu besar "sriracha chili sauce"
  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 1 inci halia
  • sedikit garam
Bahan untuk Sos Ayam
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 1 sudu besar minyak garlic
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 5 sudu besar Light Soya Sauce
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
Bahan untuk Nasi
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia muda - cincang
  • 2 cawan beras basuh dan rendam selama 10 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp Vegetable Oil
  • 1 sudu kecil kosher salt
  • 1/2 sudu kecil sesame oil
Bahan Hiasan
  • 1 timun
  • 1/4 cawan dark soy sauce
  • sedikit daun ketumbar
Cara Masak Nasi Ayam Hainan
  1. Bersihkan ayam dengan cara menggosok kulit ayam dengan garam luar dan dalam. Lepas tu bilas.
  2. Lumurkan semula ayam dengan garam luar dan dalam, masukkan batang daun bawang dan halia ke dalam ayam.
  3. Siapkan periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci. Lepas tu masukkan ayam ke dalam periuk tadi dan tenggelamkan. Panaskan dengan api besar hingga masak.
  4. Bila dah masak, keluarkan ayam dan rendam dalam air ais supaya menghentikan ayam terus masak dan menyejukkannya. Buang daun bawang dan hali dalam perut ayam. Simpan air rebusan ayam untuk kegunaan lain.
  5. Untuk masak nasi, tos beras yang di rendam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam.
  6. Lepas tu, masukkan halia dan bawang putih hingga wangi.
  7. Masukkan beras ke dalam minyak tadi dan goreng sekejap selama 2 minit.
  8. Masukan garam, minyak sesame, dan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. bila anda ingin lebih sedap boleh masukan daun pandan.
  9. Sementara menunggu nasi masak, keluarkan ayam dari air ais kemudian potong ayam menjadi beberapa bahagian.
  10. Lumurkan ayam dengan minyak sesame luar dan dalam.
  11. Tuang sos ayam di atas ke atas ayam yang dipotong sebelum dihidang tuang sos ikan diatas ayam.
  12. Untuk membuat sup, panaskan sup dan masukan garam, dan daun bawang sebagai hiasan.
  13. Bila anda ingin lebih sedap boleh menambahkan bawang goreng, sos cili dan dark soy sauce
  14. Untuk membuat sos cili : kisar bahan tadi sampai halus
Resepi nasi ayam hainan boleh anda cuba di rumah. Hidangkan ayam dengan dark soy sauce, sos cili, sup dan hirisan timun. Kemudian letakan daun ketumbar diatas nasi dan ayam.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Nasi Ayam Hainan Simple"

Catat Ulasan