Resepi Mee Kari Ayam Spesial

Resepi Mee Kari Ayam Spesial - Hello jumpa lagi di resepiayam.net, hari ini saya akan kongsikan satu resepi mee kari ayam yang sedap dan mudah buatnya. Sepanjang tahun ini saya kerap memasak mee kari yang dimasak bersama air rebusan udang. Saya lebih suka masak sendiri menggunakan bahan terbaik untuk mendapatkan rasa terbaik.

Anda yang tak punya idea nak masak hari ini, boleh anda cuba resepi mee kari ayam mudah dan sedap yang akan saya kongsikan. Tapi anda mesti menyediakan agak banyak bahan, termasuk untuk taburan untuk hiasan.

Resepi Mee Kari Ayam

Kemarin saya dah menulis resepi tomyam ayam pekat ala thai. Ia menjadi masakan ayam yang sesuai untuk masa hujan. Mee kari ayam sangat sedap kerana ia menggunakan seafood dan kuah yang pekat. Untuk menyediakannya pun tak susah, main campak je.

Jom kita layan resepi mee kari ayam mudah di bawah ini.

Bahan-Bahan
  • 1 kg mee kuning - rebus seketika
  • 1 kg kerang - rebus dan ambil isi
  • 500 gm ayam - potong kecil
  • 300 gm udang - buang kulit
  • 13 biji bebola ikan
  • 1 biji kentang - rebus dan lecek halus
  • 3 keping kek ikan (cake fish)
  • 2 keping asam gelugor
  • 4 sudu besar rempah kari ayam - bancuh jadi pes pekat
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan air rebusan udang
Bahan Kisar
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
  • 4 ulas bawang putih - kisar halus
  • 6 biji bawang merah - kisar halus
  • 10 tangkai cili kering - rebus dan kisar halus
  • 1 batang serai - hiris nipis
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Bahan Rempah Tumis
  • 3 kuntum cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkau daun kari
  • 1 batang kayu manis
Bahan Hiasan
  • 4 biji telur - potong 2 bahagian
  • 4 biji tauhu - goreng dan hiris
  • 2 tangkai sawi - potong dan rebus
  • limau kasturi - potong 2 bahagian
  • bawang goreng
  • daun bawang
  • cili merah
  • taugeh
Cara masak mee kari ayam
  1. Tumis bahan rempah hingga naik bau.
  2. Masukan bahan kisar halus dan pes rempah kari. Kacau sedikit hingga agak garing dan pecah minyak.
  3. Masukan ayam dan kacau seketika hingga paruh masak.
  4. Tuang santan cair dan air rebusan udang. Masak hingga kuah mendidih.
  5. Masukan udang, kek ikan, kerang, kentang, bebola ikan, asam glugor dan santan pekat. Kacau semula supaya tidak pecah minyak.
  6. Masukan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  7. Hidangkan bersama hiasan dan kuah secukupnya.
Mudah je kan resepi mee kari ayam spesial yang telah saya kongsikan diatas? Saya sudah mencuba beberapa mee kari ayam yang dijual kat kedai, tapi memang masak sendiri lagi best. Hidangkan mee kari ayam semasa masih panas-panas. Boleh ikuti selera dan kreativiti masing-masing.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Mee Kari Ayam Spesial"

Catat Ulasan