Resepi Ayam Masak Merah - Hello jumpa lagi di resepiayam.net, hari ini saya akan kongsikan satu masakan ayam yang spesial dan simple buatnya, iaitu ayam masak merah. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasaknya ada sesetengah tomato puree yang agak mahal. Ia juga menjadi kegemaran saya dan keluarga setiap berbuka puasa.
Resepi ayam masak merah ini saya ambil dari rakan yang menjadi tukang masak. Ia memang pandai masak apa-apa macam chef Wan. Semua masakan yang ia buat mesti sedap. Saya pun boleh belajar memasak daripada dia.
Resepi Ayam Masak Merah
Kemarin saya dah menulis resepi nasi ayam hainan yang boleh anda baca bila berminat memasak yang lain. Sedangkan resepi ini telah disalin dah lama, tetapi baru hari ini ada masa untuk menulis di blog ini. Pasti anda akan suka merasakannya.
Nak tahu apa sahaja bahan dan cara masak ayam masak merah. Jom kita layan resepi di bawah.
Bahan-Bahan
Nak tahu apa sahaja bahan dan cara masak ayam masak merah. Jom kita layan resepi di bawah.
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam
- 3 biji tomato dibelah 4
- 5 ulas bawang putih dihiris
- 3 ulas bawang besar dihiris
- 2 cm halia dihiris jadi 3 keping
- 2 sudu besar sos cili
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 250 ml air
- 60 ml santan
- gula dan garam secukup rasa
- kacang peas - opsyenal
- minyak untuk menumis
Bahan Kisar
- 4 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 20 tangkai cili kering - direbus sebentar kemudian dikisar
- 2 cm halia
Cara Masak Ayam Masak Merah
- Lumur ayam dengan kunyit dan garam. Goreng hingga separuh masak.
- Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dihiris hingga layu dan naik bau.
- Masukkan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia yang telah dikisar. Gaul hingga rata.
- Masukkan sos cili dan cili kering. Tumis sebentar hingga pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau hingga rata dan biarkan seketika.
- Masukkan air ikut selera rasa dan masukkan santan untuk memekatkan kuah.
- Lepas tu masukkan gula, garam dan hirisan tomato.
- Masak semula hingga pecah minyak dan tutup api.
Resepi ayam masak merah ini simple je kan buatnya? Kalau tak suka pedas, kurangkan sikit cili kering. Tambah juga 2-3 helai daun limau purut untuk menambah selera. Jangan lupa share ke rakan-rakan.anda.
Belum ada tanggapan untuk "Resepi Ayam Masak Merah Simple dan Sedap"
Catat Ulasan